1Kedai Mudah

1Kedai Mudah
KAMI AKAN USAHAKAN AGAR TIBA TEPAT PADA WAKTU YANG DIJANJIKAN. INSYA'ALLAH !

Sunday, 27 March 2016

CARA AWASI KERETA ANDA DARI TELEFON PINTAR

KERETA ANDA BERPOTENSI UNTUK HILANG ! BAGAIMANA CARA MEMANTAU HANYA DARI SMARTFON ANDA ?

Adakah anda pasti kenderaan yang anda parkir tadi masih berada di tempat yang diletakkan sebelumnya ? Bagaimana anda pasti bahawa tiada siapa yang mengalihkannya samada oleh penguatkuasa atau penjenayah curi kereta ?

Anda juga seperti saya yang sering runsing dan gusar apabila terpaksa meninggalkan kereta di petak parkir awam, parkir LRT, parkir pejabat, parkir kompleks beli belah atau dimana sahaja. Tambahan pula jika anda tinggalkan kereta / motorsikal sehari suntuk tanpa pengawasan sesiapa. Dapatkah anda bekerja dengan hati tenang tanpa ada jaminan keselamatan harta benda anda ?

Tahukah anda bahawa 150 kereta dicuri atau hilang setiap hari di Malaysia ?

 

Sementara itu, menurut pihak polis, permintaan tinggi bagi alat ganti kenderaan terpakai antaranya, dasar Polisi Automotif Kebangsaan yang melarang pengimportan kereta potong, menjadi penyumbang kepada kegiatan curi kereta yang didalangi pihak tertentu dan menggunakan budak-budak muda sebagai pencurinya.

Klik info statistik seterusnya. Adakah jenis kereta anda juga tergolong dalam statistik ini ?

http://www.1kedai.com/kedai/index.php?option=com_content&view=article&id=225:pantau&catid=10:artikel&Itemid=10

No comments:

Post a Comment