1Kedai Mudah

1Kedai Mudah
KAMI AKAN USAHAKAN AGAR TIBA TEPAT PADA WAKTU YANG DIJANJIKAN. INSYA'ALLAH !

Wednesday 7 June 2023

TENTANG SAYA

 


 ALHAMDULILLAH SYUKUR. SEJAK 2009 HINGGA KINI.

Sedikit Tentang Saya

Nama saya Ruzlan Ab.Rahman iaitu pengasas dan pemilik persendirian 1kedai.com
Slogan perniagaan : " GERENTI SAMPAI..INSYA'ALLAH ! "

Kerjaya asal sebagai interior dan exhibition designer. Biasa-biasa saja, tapi amat obses kepada banyak perkara meliputi design, artificial intelligent, software, astronomi, automobil, aeronautik, konsep enjin, eskatologi Islam, elektronik, animasi 3D, sejarah ketamaddunan hinggalah kepada bidang pemasaran digital.

Sekarang dahpun bergelar 'pakcik'. Ha haaa..nak buat camner kerana hakikat hidup macam tu laa..



Tahun 2024, bermakna dah lebih 15 tahun terlibat dengan dunia perniagaan online setelah melalui pelbagai pengalaman, eksperimen, gagal dan berjaya. 

 Lebih dari 1000 jenis produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kesemuanya dari pelbagai platform.

 


Orang kata kalau dah minat, segalanya boleh jadi. Hanya teguhkan semangat, kuatkan azam, salutkan hati berlapiskan titanium.

Bagi meningkatkan kepercayaan pembeli dan membezakan kami dengan peniaga on-line lain, maka kami hantar sendiri secara 'in-house' terus dari gudang kami. Bayar bila sampai ( C.O.D.) Pendek kata,.LEBIH LAJU dari POSLAJU atau J&T. ( Untuk pembeli di kawasan KL sahaja ).


 

Kalau alamat penghantaran luar KL saya terpaksalah guna kurier service dengan nombor tracking diberi. Dont worry yea. Tak larat nak ngantar. Sebagai balasan, kesemua kos kurier kami tanggung PERCUMA !

Ianya adalah ikhtiar kami untuk mengatasi masalah dari dituduh sebagai 'scammers'. Ada juga sesetengah pembeli yang masih fobia dengan penipuan dari peniaga on-line lain yang tak jujur. Tak dinafikan mereka masih wujud di arena on-line e-Dagang. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

KAMI BENCI PENIPU ON-LINE. 

 


 
KAMI JUGA BERTATUS SYARIKAT PEMBEKAL BAGI PESANAN KERAJAAN

.Membekal barangan gajet dan perkhidmatan rekabentuk, event dan binaan.




 
Setakat Jun 2023, dah ada lebih 29,000 ++ orang connection di akaun LinkedIn saya. Klik sini: https://www.linkedin.com/in/ruzlan-ab-rahman-b10a3273/

Misi ? Simple aja. Buat bisnes dari rumah sambil rehat tengok TV, hantar anak ke sekolah, cuti hari-hari, pecat majikan terdahulu, tiada stress ha haa..Kata lain: "Masa kita, so kita punya suka la na buat apa..yea tak ? "




No comments:

Post a Comment