Apakah itu al-Manna ? Di dalam tafsir Ibnu Kathir dicatakan pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu, menurut satu pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok, dan menurut Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran yang berguru dengan Saidina Ali Radiallahuanhu dan kemudiannya dengan Ibnu Abbas Radiallahuanhuma, mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu". As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud getah yang keluar dari pokok. Al-Manna jadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat.
Aktiviti memetik getah arab dari pokok Acacia Senegal |
Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali As-Samghu sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan kadang kala ia juga dikenali sebagai Acacia Gum, Hashab Gum Arabic, Kordofan Gum Arabic dan lain-lain.
Sebenarnya, tanpa kita sedari, apabila kita minum coca cola kita telah minum gum arabic, tetapi jumlahnya amat sedikit dan dicampur dengan kandungan gula yang terlalu tinggi sehingga ia tidak bermanfaat untuk kesihatan. Begitu juga gum arabic yang dicampur dengan pelbagai makanan dan minuman lain, seperti kopi dan lain-lain, ia juga mempunyai manfaat sebagai prebiotik dan lain-lain manfaat, tetapi untuk kegunaan secara khusus untuk manfaat kesihatan yang bermasalah, minum bancuhan gum arabic 100% adalah lebih baik.
Getah Arab atau Al-Manna ini sangat baik dimakan oleh pesakit buah pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman pengamalnya, ia juga dapat menjaga buah pinggang daripada rosak atau semakin rosak akibat penyakit kencing manis atau darah tinggi dan bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama. Ia dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang sepenuhnya. Berapa ramai pesakit buah pinggang yang dapat mengelak dialisis setelah amalkan minum bancuhan gum arabic dengan izin Allah. Untuk buasir, sembelit dan berak berdarah, saya dapati amalan minum gum arabic amat berkesan sekali untuk mengatasinya, malah saya belum temui ada yang lebih berkesan berbanding gum arabic setakat ini. Ada pesakit yang terkena stroke memberitahu saya bahawa dia telah pulih dengan izin Allah Ta'ala dengan mengamalkan minum Gum Arabic. Ia juga sangat baik sebagai prebiotik dan dikatakan ia lebih baik daripada inulin.
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Prebiotic_%28nutrition%29
Gum Arabic amat berkesan untuk buasir; minum 2 kali sehari dan sapu pada tempat yang bengkak (jika telah bengkak). Ia juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti radang (anti-inflammatory) yang amat baik, mengawal gout, sembelit, dan mengatasi masalah asid urik berlebihan dan lain-lain manfaat untuk kesihatan dengan izi Allah Ta'ala. Menurut Wikipedia, secara traditional, gum arabic juga digunakan untuk merawat tibi atau batuk kering. Anda boleh search testimoni pengguna-pengguna yang telah berjaya memperbaiki masalah kesihatan mereka dengan izin Allah Ta'ala melalui penggunaan gum arabic. Yakinlah, yang mampu menyembuhkan penyakit hanya Allah Ta'ala, bersaha untuk berubat adalah merupakan tuntutan Islam dan mendapat pahala di sisiNya.
No comments:
Post a Comment