1Kedai Mudah

1Kedai Mudah
KAMI AKAN USAHAKAN AGAR TIBA TEPAT PADA WAKTU YANG DIJANJIKAN. INSYA'ALLAH !

Friday, 6 March 2015

Harga dan Cara untuk Dapatkan

BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN BEKALAN ?
Anda boleh dapatkan bekalan produk Getah Arab dengan:

  1. SMSkan nama dan alamat tuan bagi tujuan penghantaran poslaju ke 011-1229 5411 atau
  2. Datang sendiri ke pejabat kami di: No.8-1, Jalan 1/76C, Desa Pandan, 55100 K. Lumpur. No Daftar Niaga: 001994010-W atau
  3.  Emailkan hasrat dan pertanyaan anda ke 1kedai.com@gmail.com
 1 - Jenis Ketulan Asal ( Laris dijual / Stok terhad )
       Gred 1 jenis HSP yang dipetik tangan terus dari pokok
          RM195 / kilogram
          Promosi hanya RM180 / kilogram (kali pertama)

          RM 110 / 500 gram

2 - Jenis Serbuk

      Gred A: Acacia Senegal siap di pek dalam balang 
          RM 250 / kilogram

      Gred B: Jenama El-Nasr siap dibungkus terus dari Sudan
          RM 58 bagi setiap pek 150gram

          Promosi 2 pek   RM110
          Promosi 6 pek   RM 300
          Promosi 10 pek RM 490

PENGHANTARAN PERCUMA SELURUH MALAYSIA
 

Apa tu Getah Arab Al-Manna ?

AL-MANNA @ GETAH ARABIC

Apakah itu al-Manna ? Di dalam tafsir Ibnu Kathir dicatakan pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu, menurut satu pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok, dan menurut Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran yang berguru dengan Saidina Ali Radiallahuanhu dan kemudiannya dengan Ibnu Abbas Radiallahuanhuma, mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu". As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud getah yang keluar dari pokok.  Al-Manna jadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat.


Aktiviti memetik getah arab dari pokok Acacia Senegal
Sebahagian pengkaji meyakini bahawa getah yang keluar dari pokok tersebut adalah Gum Arabic atau Getah Arab ini. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan  mungkin  menepati  pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya. Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata. Ajwa (kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun" (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah. 


Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali As-Samghu sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan kadang kala ia juga dikenali sebagai Acacia Gum, Hashab Gum Arabic, Kordofan Gum Arabic dan lain-lain.

Sebenarnya, tanpa kita sedari, apabila kita minum coca cola kita telah minum gum arabic, tetapi jumlahnya amat sedikit dan dicampur dengan kandungan gula yang terlalu tinggi sehingga ia tidak bermanfaat untuk kesihatan. Begitu juga gum arabic yang dicampur dengan pelbagai makanan dan minuman lain, seperti kopi dan lain-lain, ia juga mempunyai manfaat sebagai prebiotik dan lain-lain manfaat, tetapi untuk kegunaan secara khusus untuk manfaat kesihatan yang bermasalah, minum bancuhan gum arabic 100% adalah lebih baik.
 

Getah Arab atau Al-Manna ini sangat baik dimakan oleh pesakit buah pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman pengamalnya, ia juga dapat  menjaga buah pinggang daripada rosak atau semakin rosak akibat penyakit kencing manis  atau darah tinggi dan bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama. Ia dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang sepenuhnya. Berapa ramai pesakit buah pinggang yang dapat mengelak dialisis setelah amalkan minum bancuhan gum arabic dengan izin Allah. Untuk buasir, sembelit dan berak berdarah, saya dapati amalan minum gum arabic amat berkesan sekali untuk mengatasinya, malah saya belum temui ada yang lebih berkesan berbanding gum arabic setakat ini. Ada pesakit yang terkena stroke memberitahu saya bahawa dia telah pulih dengan izin Allah Ta'ala dengan mengamalkan minum Gum Arabic. Ia juga sangat baik sebagai prebiotik dan dikatakan ia lebih baik daripada inulin.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Prebiotic_%28nutrition%29

Gum Arabic amat berkesan untuk buasir; minum 2 kali sehari dan sapu pada tempat yang bengkak (jika telah bengkak). Ia juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti radang (anti-inflammatory) yang amat baik, mengawal gout, sembelit, dan mengatasi masalah asid urik berlebihan dan lain-lain manfaat untuk kesihatan dengan izi Allah Ta'ala. Menurut Wikipedia, secara traditional, gum arabic juga digunakan untuk merawat tibi atau batuk kering. Anda boleh search testimoni pengguna-pengguna yang telah berjaya memperbaiki masalah kesihatan mereka dengan izin Allah Ta'ala melalui penggunaan gum arabic. Yakinlah, yang mampu menyembuhkan penyakit hanya Allah Ta'ala, bersaha untuk berubat adalah merupakan tuntutan Islam dan mendapat pahala di sisiNya.


http://www.1kedai.com/kedai/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=10&Itemid=10

Thursday, 5 March 2015

Cara Pengambilan Getah Arab Al-Manna

CADANGAN PENGGUNAAN GETAH ARAB / GUM ARABIC:-

1. Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialysis: 50 gram sehari, 25 gramsetiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.


2. Buah pinggang stage 1 hingga 5: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.


3. Untuk resedung, sinus dan mudah selsema, minum 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur. Remaja 1 sudu makan dan kanak-kanak 1 sudu teh.


4. Untuk gout, buasir & sembelit: 2 sudu, 1 atau 2 kali sehari; setiap pagi semasa perut kosong, digalakkan juga diambil sebelum tidur pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 25 gram hingga 50 gram sehari. Bagi buasir & sembelit lebihkan air. iaitu 300ml atau lebih. Bagi gout, boleh rebus pokok pandan, iaitu daun serta akarnya sekali, kemudian biarkan sejuk, ambil segelas air rebusan yang telah sejuk tadi dan dibancuh dengan gum arabic.


5. Untuk menurunkan kolesterol: 50 gram sehari (check paras kolesterol anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia berkesan untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna tidak begitu berkesan dalam penurunan kolesterol dengan gum arabic).

6. Sebagai makan tambahan pesakit-pesakit lain: 1 sudu penuh sudu makan semasa perut kosong waktu pagi, iaitu 15 hingga 25 gram sehari.


7. Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 50 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.


8. Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.


9. Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.


10. Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25 gram dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda' (jika pil serbuk atau minyak Habbatus Sauda' makan 1 hingga 3 biji) . Caranya; kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 1-3 kapsul bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1 hingga 2 sudu bersama-sama bancuhan gum arabic.

11. Untuk buasir: 25 gram dimakan 2 kali sehari pagi dan malam.

12. Untuk batuk: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan.

13. Gum Arabic merupakan makanan tambahan yang baik untuk bermacam-macam penyakit, anda boleh mencuba bagi penyakit-penyakit lain. Dapatkan nasihat doktor jika anda menghidap penyakit kronik.


14. Seorang pakar perubatan herba cina memberitahu saya; cara yang paling berkesan untuk rawatan penyakit buah pinggang dengan gum arabic adalah dengan cara berikut:
i. Rendam roselle kering 2 hingga 3 gram (atau lebih kurang 7 hiris, jika ada gastrik gunakan 3 hiris sahaja, tetapi jika sakit gastrik berulang, berhenti minum rosalle) dalam air panas, kemudian biarkan sejuk.
ii. Setelah sejuk, air rendaman roselle diambil setelah dibuang rosalle yang telah direndam tadi, kemudian dibancuh air tersebut dengan 2 sudu gum arabic.
iii. Dicampur ½ sudu teh molasses (jika ada sakit kencing manis, molasses tidak perlu dimasukkan atau masukkan ¼ sudu teh)
* Molasses adalah gula merah yang kehitaman, ia boleh didapati di kedai yang menjual barangan organik. Perhatian: Pesakit tekanan darah rendah & pesakit gastrik tidak boleh minum roselle.
** Jangan makan roselle, minum air rendamannya sahaja.
*** Tiada laporan kesan sampingan walaupun Gum Arabic dimakan dengan banyak. Jika ada tanda-tanda anda tidak sesuai minum Gum Arabic, seperti sakit pinggang yang kuat dan lain-lain, berhenti minum Gum Arabic.


*SELEPAS BUKA BUNGKUSAN, SILA SIMPAN DI DALAM BEKAS YANG KERING DAN BERTUTUP RAPAT*
*Jika anda ada masalah kesihatan untuk makan Gum Arabic, dapatkan nasihat doktor anda.
*Pengambilan Gum Arabic menyebabkan mudah buang air besar dan pembuangan angin pada peringkat awal pengambilannya.

Jangan Salah Pilih Makanan Seperti Bani Israel



Jangan salah pilih makanan seperti Bani Israel

Dibebaskan dari cengkaman Firaun dan Allah janjikan kemenangan atas Baitul Maqdis ternyata tak membuat Bani Israil bersyukur. Lagi-lagi Bani Israil berulah dengan menyuruh Nabi Musa AS berperang sendirian. Alhasil Bani Israil yang fasik akhirnya diganjar hukuman disesatkan di padang pasir Tih selama 40 tahun. Tapi rupanya hukuman itu tak membuat mereka jera, mengapa?

Dikisahkan ketika Bani Israil disesatkan di padang pasir yang panas, Allah ternyata memberikan karunia kepada mereka. Mukjizat berupa naungan awan senantiasa mengiringi kemana pun Bani Israil pergi, makanan terbaik berupa manna dan salwa pun selalu tersedia tanpa perlu diburu dengan susah payah.

"Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu manna dan salwa. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu; dan tidaklah mereka menganiaya Kami; akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. "(Al Baqarah: 57)

Tapi tak dinyana, justru kaum Nabi Musa itu malah meminta makanan pengganti yang lebih rendah untuk mereka. Allah Ta'ala berfirman:


Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: "Hai Musa, kami tidak sabar (tahan) dengan satu macam makanan saja. Sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, agar Dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi, yaitu sayur-mayurnya, ketimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya, dan bawang merahnya. "Musa berkata:" Mahukah kamu mengambil yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperoleh apa yang kamu minta ... "(QS Al Baqarah: 61)

Ibnu Qoyyim mendedahkan bahwasannya Bani Israil telah berada dalam suatu tempat yang luas, udaranya lebih baik, lebih jauh dari penyakit dan kotoran, bumbung yang melindungi mereka dari sengatan matahari adalah awan, makanan mereka salwa dan minuman mereka manna.

Ibnu Zait turut berkata, "Makanan Bani Israil ketika mereka berada di padang sahara (tih) hanya satu macam, demikian pula minuman mereka. Minuman mereka madu yang turun dari langit yang disebut manna, sedangkan makanan mereka burung yang disebut salwa. Mereka hanya makan daging burung dan minum madu; tak ada roti atau makanan lain.

Ibnu Qoyyim juga menuturkan bahawa sudah maklum betapa utamanya jenis makanan dan minuman dari Allah tersebut dibanding dengan jenis makanan dan minuman lain. Ini merupakan salah satu contoh buruknya pilihan mereka serta sekurang-kurangnya pengetahuan mereka mengenai jenis makanan yang bermanfaat dan sesuai, sehingga meminta makanan yang mengandungi mudarat.
 

http://www.1kedai.com/kedai/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=10&Itemid=10
Hasan Al Basri mengatakan bahawa Bani Israil terlanjur terbiasa dengan hal tersebut (makanan yang mereka minta), maka mereka tidak sabar terhadap makanan manna dan salwa. Mereka teringat kepada kehidupan sebelumnya yang biasa mereka jalani. Mereka merupakan kaum yang biasa makan kacang adas, bawang merah, sayur-mayur dan bawang putih (vegetarian).

Oleh karenanya Musa AS berkata, "Mahukah kamu mengambil yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperoleh apa yang kamu minta ... "

Ibnu Katsir menyatakan bahawa pada ayat tersebut terkandung teguran dan celaan terhadap permintaan mereka yang meminta jenis-jenis makanan yang rendah ini, padahal mereka sedang dalam kehidupan yang menyenangkan dan mempunyai makanan yang enak lagi baik dan bermanfaat.

Banyak pendapat mengenai manna, diantaranya ialah cecair putih yang mirip madu walau ada yang berpendapat itu adalah cendawan truffle kerana adanya hadis Nabi SAW yang berbunyi, "Cendawan kam'ah (truffle) berasal dari manna, airnya mengandung obat penawar bagi mata." (HR Bukhari)

Menurut Imam Dzahabi, manna yang turun pada pohon khotmiy yang berasal darinya berwarna putih dan yang tidak berasal darinya berwarna hijau. Kekuatannya bertambah dan berkurang bergantung pohon yang dihinggapinya, bagus untuk dada, bermanfaat untuk batuk dan dapat menghilangkannya.

Sedangkan salwa dikatakan Adz Dzahabi adalah jenis burung puyuh, memakannya menyenangkan hati dan menghancurkan kencing batu, bagus untuk kimus, bermanfaat untuk orang yang sihat dan yang baru sembuh dari sakit. Lalu bagaimana dengan kacang adas?

Dihuraikan oleh Ibnu Muflih bahwasannya kacang adas itu mengganggu orang lain dan menyebabkan perut kembung. Sesungguhnya adas itu disebut bersamaan dengan bawang merah di dalam Al-Qur'an. Kacang adas adalah syahwat yang lebih disukai oleh orang-orang Yahudi daripada manna dan salwa.

Adas mengandungi karakter kematian, panas-kering. Adas juga mengandungi dua sifat yang bercanggah; yang satu mengeraskan najis; sedang yang lain melunakkannya.

Adas sangat berbahaya bagi pengidap melancholia (masalah dengan ampedu hitam) dan membuatnya mengalami mimpi buruk. Adas juga boleh memekatkan darah, juga tidak baik untuk saraf.

Adas sukar dicerna, tidak baik untuk perut, sangat berbahaya bagi orang yang sukar buang air kecil, menghalang kelancaran darah haid, menyebabkan bengkak-bengkak sejuk dan menghasilkan angin yang tebal.

Sekali lagi, akibat prilaku yang fasik dengan menolak kurnia berupa makanan yang baik dan meminta ganti dengan makanan yang rendah kualitinya maka Allah menghinakan Bani Israil seperti yang dinyatakan dalam lanjutan surat Al-Baqarah ayat 61.

"Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas. "

Semoga umat Islam dapat mengambil pelajaran dari peristiwa yang dialami oleh Bani Israil. Sesungguhnya dalam Al-Qur'an dan Hadits telah dikemukakan juga mengenai pelbagai makanan yang halal lagi baik. Lalu apakah patut bagi umat Islam mengikuti langkah-langkah Bani Israil?

Penyelidikan Khasiat Getah Arab ( Al-Manna ) di UKM


Getah Arab (Gum Arabic) sejenis prebiotik asli yang hanya terdapat di Sudan mempunyai potensi dalam industeri perubatan, makanan dan solek antarabangsa akan dapat menguatkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah hab halal dengan adanya penyelidikan rapi mengenainya yang dipelopori UKM.

Universiti ini terlibat dalam suatu usahasama tiga pihak antara kerajaan, universiti dan sewasta untuk meningkatkan pengenalan terhadap khasiat kesihatan dari getah ini.

Pihak kerajaan terdiri dari Lembaga Gum Arabic Sudan (GAB) dan Kedutaan Besar Sudan di sini manakal UKM adalah rakan universiti dan pihak sewasta pula diwakili Natural Prebiotic Sdn Bhd dan pengarahnya Ramli Sani yang mencetuskan usaha kolaborasi ini.

Ramli, 41 tahun, adalah juga bukti khasiat getah ini kerana beliau dahulu terpaksa menjalani rawatan dilasis tiga kali seminggu kerana buah pinggangnya sudah tidak berfungsi. Berkat penggunaan getah itu selama tujuh bulan buah pinggangnya sudah puleh dan beliau sejak 10 bulan kebelakangan ini tidak lagi perlu menjalani rawatan itu.

Beliau terlibat menjalankan beberapa project kontrek di Sudan dan kini adalah setiausaha agung Dewan Perniagaan Malaysia Sudan. Pengalamannya menggunakan getah Arab itu telah membawanya kepada Profesor Dr Aminah Abdullah, Felo Utama di Sekolah Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi UKM hingga membawa kepada termeterainya surat hasrat mengadakan hubungan antara mereka bulan Jun tahun lalu.

Ramli begitu yakin dengan usaha itu hingga sanggup menyerahkan tiga peratus dari untung runcit oleh syarikatnya Natural Prebiotic kepada usaha penyelidikan mengenai getah itu oleh UKM. Natural Prebiotic adalah pengedar tunggal produk getah Arab di rantau ini melainkan Indonesia.


 
Prebiotik adalah sejenis makanan untuk bakteria semula jadi yang terdapat dalam perut yang menentukan pengkhadaman makanan dapat berfungsi dengan baik. Bahan ini kini terdapat dalam makanan seperti berteh, beberapa jenis roti dan juga kapsul kebanyakannya di impot dari Barat.

Kelebihan getah Arab dari Sudan ini ialah lebih 90 peratus daripadanya adalah jenis terbaik dan diperolehi secara semula jadi dari dua jenis pohon acasia yang hanya boleh di tanam di Sudan. Usaha menanamnya di negara jiran Sudan seperti Chad dan juga di Amerika telah gagal.

Getahnya diperolehi dengan menoreh kulitnya sebagaimana pohon getah ditoreh untuk mengeluarkan susu getah.

Getah dari pokok Acacia


Antara beberapa produk getah Arab ini yang diedarkan syarikat Natural Prebiotic di sini, negeri Thai, Singpura dan Brunei dalam bentuk kapsul dikatakan boleh mengatasi masaalah senak perut dan sembelit, mengawal kedudukan gula dalam badan, meningkatkan sistem imunasi dan menguatkan tenaga.

Syarikat itu juga memasarkan sejenis minuman dari buah Baobab yang kaya dengan vitamin C dan B dan mineral seperti kalium, kalsium, zat besi selain mempunyai kandungan antioxidan yang tinggi sebagai penawar ceret beret dan sembelit.

Getah Arab ini dikatakan mempunyai kandungan prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu and 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu.

Naib Canselor UKM Profesor Tan Sri Dato’ Wira Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin hari ini merasmi Persidangan Antarabangsa Getah Arab dan kemudian menyaksikan upacara menanda tangani perjanjian antara UKM dan Natural Prebiotic untuk melakukan penyelidikan bagi meningkatkan penggunaan getah itu serta mengesan khasiatnya yang lain.

Beliau menganggapkan kolaborasi tiga pihak itu sebagai suatu usaha strategik. UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan berminat meningkatkan pengetahuan yang boleh mendatangkan faedah kepada kedua negara Malaysia dan Sudan.

Dengan kerjasama GAB, Pusat Inovasi Bagi Teknologi Manisan (MANIS) dibawah kelolaan Prof Aminah usaha penyelidikan tentunya boleh dilakukan untuk memantabkan lagi penggunaan getah Arab dalam industeri pemakanan, perubatan, persolekan dan kesihatan.

MANIS akan menumpukan penyelidikannya terhadap meningkatkan penggunaan getah itu untuk mengeluarkan produk gula-gula dan konfektionari. Beliau juga berharap GAB akan membantu mengujudkan Pusat Penyelidikan Getah Arab sebagaimana dicadangkan MANIS.

Getah Arab, katanya, bukan saja suatu produk tambahan yang digunakan untuk pengemulsi, memekatkan selain dari sebagai prebiotik ia juga adalah suatu produk halal.

Beliau yakin penyelidikan di UKM itu akan membawa kepada pengeluaran produk lebih inovatif yang boleh meningkatkan permintaan getah itu di pasaran antarabangsa.

Persidangan hari ini juga disajikan pertunjukan mengenai kegunaan getah itu dalam industeri makanan dan perubatan. Kertas-kertas kerja yang dibentangkan juga menyentuh usaha penyelidikan yang telah pun dijalankan berhubung dengan khasiat kesihatannya.


Prof Sharifah Hapsah juga berharap penyelidikan terhadap kemungkinan penggunaan getah Arab dan carrageenan, suatu produk dari rumpai laut Malaysia boleh menghasilkan makanan hidrocoloid yang lebih baik dari gelatin untuk kegunaan dalam makanan halal.






UKM kini menampung seramai kira-kira 40 orang pelajar pasca siswazah dari Sudan dalam berbagai fakultinya. Ada diantara mereka ditaja Kerajaan Malaysia di bawah program bantuan teknikalnya. Beliau berharap dengan bantuan GAB lebih ramai pelajar Sudan dilatih di UKM bagi menambahkan modal insan untuk penyelidikan getah itu.

Prof Aminah berkata penyelidikan yang akan dijalankan akan merangkumi potensi kegunaan getah untuk kepentingan kesihatan dan juga sebagi bahan dalam bahan makanan halal. Ini, katanya, akan berupa satu usaha bagi untuk kepentingan dunia Islam.

Pengurusi GAB Dr Taj El Sir Mustafa berkata kini hanya antara 40,000 hingga 50,000 tan getah Arab dihasilkan setahun dan diekspot dalam kedudukan aslinya.

Beliau juga menerangkan bahawa pengeluaran itu dapat ditingkatkan hingga 500,000 tan setahun dengan mudah kiranya ada penambahan permintaan berkat pengetahuan luas mengenai khasiat kesihatannya.

Wednesday, 4 March 2015

Buah Pinggang Bermasalah. Apakah Tandanya ?




Adakah Anda Mengidap PENYAKIT BUAH PINGGANG ?
Selidiki tanda-tanda awal masalah buah pinggang :

1- Bengkak pada pergelangan kaki
2- Sakit belakang
3- Lemah Tenaga Batin
3- Perut Semakin Membuncit
4- Air Kencing berbuih kerana kehadiran protien
5- Tiada Selera Makan
6- Tidak bertenaga
7- Selalu merasa haus
8- Cepat letih dan mengantuk
9- Bermacam2 lagi masalah lain....

Jika jawapan anda YA, memperkenalkan >> SERBUK MINUMAN GUM ARABIC @ MANNA <<

Buah pinggang yang rosak di tahap 4


Kelebihan Getah Arab Al Manna:

1- Ianya adalah makanan yang disebut dalam tiga kitab suci.

2-Telah lama jadi buruan pesakit buah pinggang kerana kebaikannya terbukti dapat merawat ramai pesakit buah pinggang.

Kebaikan Getah Arabic AL MANNA ini, anda akan dapat :

1) Mengurangkan beban kepada buah pinggang melalui pengurangan paras urea & penambahan nitrogen dalam najis seterusnya memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang kronik.

2) Mengurangkan kekerapan seterusnya menghentikan terus dialisis buah pinggang melalui penurunan kreatinine dan urea dalam darah.

3) Mengurangkan risiko sakit jantung melalui pengurangan kolestrol dalam darah.

4) Merendahkan paras gula dalam darah untuk membantu pesakit kencing manis.

5) MERAWAT PENYAKIT-PENYAKIT BERKAITAN SALURAN GASTRO USUS (Saluran gastro usus iaitu kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur).

6) Membantu MENGURANGKAN KADAR ASID URIK dalam badan untuk membantu MENGUBATI PENYAKIT GOUT.

Dan lain-lain manfaat SEMULAJADI TANPA KESAN SAMPINGAN untuk kesihatan dengan izin Allah Ta'ala.



Cara pengambilannya AMAT MUDAH :



  1. Diambil 2 kali sehari sewaktu perut kosong sebelum mengambil hidangan berat (*Disyorkan pagi sebelum sarapan & sebelum makan malam)
  2. Masukkan 3 SUDU SUKATAN RATA Serbuk Minuman Gum Arabic ke dalam bekas minuman
  3. Campurkan 250ml Air kosong/Air suam/Air madu/Jus kesukaan anda. (*Tidak digalakkan utk gunakan air panas kerana gum akan jadi berketul.
    *Bagi pesakit buah pinggang yang dinasihatkan Doktor utk mengurangkan pengambilan air, boleh gunakan sukatan 100-150ml air.)
  4.  Kacau (*Serbuk Minuman Arabic Gum MUDAH LARUT DALAM AIR & TIDAK BERSERAT seperti oat apabila dicampur dengan air)
  5. Sedia untuk diminum.
BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN GETAH ARAB AL-MANNA ?