1Kedai Mudah

1Kedai Mudah
KAMI AKAN USAHAKAN AGAR TIBA TEPAT PADA WAKTU YANG DIJANJIKAN. INSYA'ALLAH !

Wednesday 7 June 2023

TENTANG SAYA

 


 ALHAMDULILLAH SYUKUR. SEJAK 2009 HINGGA KINI.

Sedikit Tentang Saya

Nama saya Ruzlan Ab.Rahman iaitu pengasas dan pemilik persendirian 1kedai.com
Slogan perniagaan : " GERENTI SAMPAI..INSYA'ALLAH ! "

Kerjaya asal sebagai interior dan exhibition designer. Biasa-biasa saja, tapi amat obses kepada banyak perkara meliputi design, artificial intelligent, software, astronomi, automobil, aeronautik, konsep enjin, eskatologi Islam, elektronik, animasi 3D, sejarah ketamaddunan hinggalah kepada bidang pemasaran digital.

Sekarang dahpun bergelar 'pakcik'. Ha haaa..nak buat camner kerana hakikat hidup macam tu laa..



Tahun 2024, bermakna dah lebih 15 tahun terlibat dengan dunia perniagaan online setelah melalui pelbagai pengalaman, eksperimen, gagal dan berjaya. 

 Lebih dari 1000 jenis produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kesemuanya dari pelbagai platform.

 


Orang kata kalau dah minat, segalanya boleh jadi. Hanya teguhkan semangat, kuatkan azam, salutkan hati berlapiskan titanium.

Bagi meningkatkan kepercayaan pembeli dan membezakan kami dengan peniaga on-line lain, maka kami hantar sendiri secara 'in-house' terus dari gudang kami. Bayar bila sampai ( C.O.D.) Pendek kata,.LEBIH LAJU dari POSLAJU atau J&T. ( Untuk pembeli di kawasan KL sahaja ).


 

Kalau alamat penghantaran luar KL saya terpaksalah guna kurier service dengan nombor tracking diberi. Dont worry yea. Tak larat nak ngantar. Sebagai balasan, kesemua kos kurier kami tanggung PERCUMA !

Ianya adalah ikhtiar kami untuk mengatasi masalah dari dituduh sebagai 'scammers'. Ada juga sesetengah pembeli yang masih fobia dengan penipuan dari peniaga on-line lain yang tak jujur. Tak dinafikan mereka masih wujud di arena on-line e-Dagang. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

KAMI BENCI PENIPU ON-LINE. 

 


 
KAMI JUGA BERTATUS SYARIKAT PEMBEKAL BAGI PESANAN KERAJAAN

.Membekal barangan gajet dan perkhidmatan rekabentuk, event dan binaan.




 
Setakat Jun 2023, dah ada lebih 29,000 ++ orang connection di akaun LinkedIn saya. Klik sini: https://www.linkedin.com/in/ruzlan-ab-rahman-b10a3273/

Misi ? Simple aja. Buat bisnes dari rumah sambil rehat tengok TV, hantar anak ke sekolah, cuti hari-hari, pecat majikan terdahulu, tiada stress ha haa..Kata lain: "Masa kita, so kita punya suka la na buat apa..yea tak ? "




Wednesday 11 January 2023

TESTIMONI PEMBELI 2023

SATUKEDAI DOTCOM telah mula beroperasi sejak 2009 iaitu sebelum adanya platform Shoppe dan Lazada. Kini kami mempunyai lebih dari 1000 items yang berbeza di pelbagai platform popular di Malaysia.


KAMI AMAT PENTINGKAN KEPERCAYAAN PELANGGAN TERHADAP PERNIAGAAN KAMI. TIBA TEPAT PADA MASA YANG DIJANJIKAN. INSYA'ALLAH.

  Ada 3 (TIGA) pilihan cara penghantaran :

 
  ~ CARA 1: Hantaran PERCUMA melalui kurier J&T Ekspress untuk setiap pembelian.
  ~ CARA 2: Hantaran C.O.D. pantas kami hanya terhad di kawasan KL / Gombak (RM8 upah despatch)
  ~ CARA 3: BOLEH datang ambil sendiri di Petronas Brem Mall Kepong ( makluman awal diperlukan ) 

 

PENGHANTARAN

 
 - Penghantaran melalui J&T (CARA 1) diutamakan kerana ianya PERCUMA.
 - Pos pada hari yang sama. ( Kutipan J&T pada setiap 2 petang)
 - Hanya mengambil masa 1 ~ 2 hari untuk tiba dan kos PERCUMA (kami tanggung)
 - Dijamin sampai dengan selamat. Insya'allah.
 - Nombor Tracking diberikan dengan pemantauan penuh kami.


 

 Berikut adalah rekod transkrip perbualan kami dengan sebahagian dari pelanggan. Ianya untuk membuktikan kami sedaya upaya memastikan barang yang dipesan tiba tepat seperti yang dijanjikan.
 






 



 
 
Kami berusaha tiba tepat pada waktu yang dijanjikan bagi serahan tangan (kawasan KL sahaja ).

NOTAPerlukan masa 4 jam minima untuk diserahkan setelah order dipersetujui. 

Bagi penerima yang berada disekitar Kepong, Jalan Ipoh, Sentul, Gombak dan Selayang atau berdekatan. anda boleh datang untuk 'collect' sendiri di Petronas Brem Mall antara 10 pagi hingga 9 malam kecuali Sabtu dan Ahad.

Kordinat Lokasi GPS Petronas Brem Mall :  3.203561303590918, 101.66789159972892